Publication
 

An evaluation of statistical reliability in SMS’s pre-felling inventory: The case for confidence and error levels

This study was carried out on a randomly chosen 40-ha (800 × 500 m) forest area within the 50-ha Demography Project of the Forest Research Institute Malaysia (FRIM) in Pasoh Forest Reserve, Negri Sembilan. Out of the 40-ha study area, an area of 30 ha was used as a calibration data set and the remaining 10 ha area as a validation data set. The percentage sample or intensity of sampling was determined at various confidence and error levels, viz. from 80 to 95% confidence with ± 5 to ± 20% error in estimating tree density, basal area and volume. Results obtained from both calibration and validation data sets were used to assess the notion that the statistical reliability of the SMS's Pre-felling inventory (by the Forestry Department Peninsular Malaysia) is at 95% confidence and ± 20% error levels. At 1% sampling intensity to inventory density of trees 5 -< 15cm dbh in 10 × 10 m plot, the confidence and error levels of respectively 95% and ± 15% or 90% and ± 10% would be more reliable. The 95% and ± 15% levels are also true for estimating basal area and volume. At 5% sampling intensity of trees 15 -< 30cm dbh (20 × 25 m plot), its reliability is at 90% confidence and ± 10% error limits for either tree density, basal area or volume estimation. However, at 10% sampling intensity of trees ≥ 30 m dbh (20 × 50 m plot), the 95% confidence and ± 20% error hold true in estimating tree volume. The implications of attaching confidence and error levels to the sampling intensity are also discussed.

Kajian ini dijalankan di kawasan seluas 40 ha (800 × 500 m) yang dipilih secara rawak yang terletak di dalam kawasan Projek Demografi 50-ha oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Hutan Simpanan Pasoh, Negeri Sembilan. Seluas 30 ha daripada kawasan seluas 40 ha tersebut digunakan sebagai kawasan set data kalibrasi dan 10 ha sebagai kawasan set data kesahihan. Intensiti pensampelan ditentukan pada pelbagai tahap keyakinan dan tahap ralat iaitu daripada 80 hingga 95% keyakinan dengan ± 5 hingga ± 20% ralat dalam menganggarkan pensampelan bilangan pokok, luas pangkal dan isipadu. Keputusan yang diperoleh daripada kedua-dua set data kalibrasi dan set data kesahihan digunakan bagi menentukan bahawa inventori sebelum tebangan yang diamalkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia ialah pada tahap keyakinan 95% dan tahap ralat ± 20%. Tahap keyakinan 95% dan ralat ± 15% atau 90% dan ralat ± 10% didapati lebih menghampiri pada intensiti pensampelan 1% yang digunakan bagi pensampelan bilangan pokok 5 -< 15cm garis pusat aras dada dalam petak 10 × 10 m. Tahap keyakinan 95% dan ralat ± 15% juga didapati boleh digunakan bagi pensampelan luas pangkal dan isipadu. Pada intensiti pensampelan 5 % bagi pokok bersaiz 15 -< 30 cm garis pusat aras dada (petak 20 × 25 m) untuk menganggarkan bilangan, luas pangkal dan isipadu adalah lebih teliti sekiranya dilakukan pada tahap keyakinan 90% dan ralat ± 10%. Walau bagaimanapun, intensiti pensampelan 10% adalah benar bagi menyampel pokok ≥ 30cm dpd. pada plot 20 × 50 m. Implikasi hubungan tahap keyakinan dan ralat dengan intensiti pensampelan turut dibincangkan.

Abstract in English and Malay; article in English only.  

Authors: 
Wan Razali Wan Mohd. & Wan Mohd. Shukri Wan Ahmad
Journal: 
Journal of Tropical Forest Science
Year: 
1999
Volume: 
11
Issue: 
1
Pages: 
11-25
Site: 
Pasoh